Pelakon Lelaki Dibela Daddy Pasrah

 
Ini bukan sekadar cerita kosong, tetapi ada bukti yang menunjukkan pelakon baru lelaki ini hidup mewah kerana di’bela’ oleh seorang lelaki kaya. Walaupun baru berlakon, tetapi pelakon lelaki ini mampu bawa kereta mewah BMW 325 Sport 2 pintu ke hulu hilir. Malah, kediaman yang diduduki oleh pelakon ini pun bertaraf kondo mewah.

Persoalannya daripada manakah duit pelakon itu datang? Berapalah sangat pendapatan pelakon yang baru bertapak dalam industri, kan? Walaupun dia berada di bawah naungan sebuah syarikat pengeluar filem Melayu yang kukuh, namun popularitinya tidak kemana sangat. Nak kata daripada keluarga, memang sah-sah keluarga dia orang kebiasaan je. La ni, ramai orang di belakang tabir industri dok bercerita peel pelakon yang berumur 21 tahun ni.

Al-kisahnya, sumber yang mengelarkan dirinya sebagai Daddy Pasrah mengaku bahawa dia pernah ‘membela’ pelakon lelaki ini.

“Saya sertakan gambar-gambar bukti, antaranya MMS untuk dia pancing saya supaya ‘geram’ dan panggil dia untuk sama-sama ‘berseronok’. Saya tau dia memang jenis ‘kaki pancing’, malah sudah berapa ramai uncle-uncle seperti kami yang pernah dia tiduri semata-mata nak hidup mewah.

Saya terpaksa kongsikan cerita ini agar dia insaf, kasihanilah mak dia yang berniaga kedai makan siang malam mencari rezeki halal. Pelakon ini pula, hidup berlagak disaluti kondo dan kereta mewah.

Baru-baru ini, saya perasan yang dia ada berlakon dalam sebuah drama bersiri berkisarkan ‘rakan baik selamanya’ di sebuah televisyen swasta. Nampaknya, dia makin angkuh sebab ramai orang panggil dia untuk bekerja.

Saya masih sayangkan dia. Tapi, biarlah cerita ini dapat dijadikan pengajaran buat orang lain di luar sana. – Daddy Pasrah”

Ish ish, tak sangka ada orang yang sanggup buat kerja keji semata-mata nak mengecapi kemewahan. (www.ohbulan.com)

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard