Anzalna Nafi Raih Populariti

Anzalna
PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir menolak dakwaan kononnya kes pergaduhan dengan pelakon Neelofa pada minggu lalu memberikan laluan mudah yang melonjakkan popularitinya secara mendadak kepada khalayak.
Anzalna berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas kerana dia memang sudah dikenali menerusi lakonannya walaupun masih baru dan tidak menumpang kontroversi itu bagi meraih ‘publisiti murahan’.
“Sebelum kes (pergaduhan) itu berlaku pun saya sudah mempunyai kelompok peminat yang mengenali kerja lakonan saya walaupun masih baru. Mungkin saya tidak sepopular mana dan dikenali ramai seperti artis-artis lain tetapi sekurang-kurangnya ada kelompok peminat yang mengikuti perkembangan kerja saya.
“Adalah tidak wajar untuk tuduh saya menggunakan kes itu untuk raih populariti segera,” katanya baru-baru ini.
Ditanya mengenai peningkatan lebih 3000 pengikut akaun Twitter miliknya berbanding 4200 pengikut sebelum kontroversi itu tercetus, Anzalna berkata perkara itu mungkin berlaku secara kebetulan.
“Kes pergaduhan itu bukan sesuatu yang positif dan saya tidak fikir peminat mengikuti saya di Twitter kerana perkara negatif. Saya yakin peminat pada hari ini semakin bijak dalam menilai artis-artis yang mereka minati.
“Kebetulan, nama saya sedang hangat diperkatakan jadi secara tidak langsung tumpuan juga banyak terarah kepada saya. Hakikatnya, selebriti lain yang tidak terlibat dalam kontroversi pun meraih peningkatan pada jumlah pengikut mereka setiap hari,” katanya.
Neelofa
Mengenai tindakannya yang yang dilihat seperti kurang matang dan ‘keanak-anakan’ kerana kerap mengemas kini pelbagai mesej berbabur sindiran kepada Neelofa di Twitter, Anzalna berkata dia mengakui kesilapannya yang terlalu mengikutkan emosi.
“Saya akui terlalu mengikut emosi. Saya hargai teguran dan nasihat individu tertentu yang melihat tindakan mengemas kini mesej-mesej berbaur sindiran itu sebagai tidak matang dan profesional.
“Kini saya hanya mahu mengumpulkan bukti bagi menghadapi notis tuntutan daripada Neelofa dan menyerahkan segala proses kepada peguam,” ulasnya mengakhiri perbualan.
Pergeseran antara dua aktres itu tercetus apabila Anzalna didakwa oleh Neelofa mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.
Susulan itu, Neelofa melalui peguamnya mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna dan diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas.

- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard