Berbau Harum Antara 10 Ciri-Ciri Isteri Pilihan Johan As'ari

Johan As'ari. Foto ONG SOON HIN
KUALA LUMPUR: Pelakon Johan As'ari meletakkan sepuluh syarat kepada mana-mana wanita yang mungkin berhasrat untuk menjadinya sebagai bakal suami.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata dalam 10 syarat itu wanita yang digemarinya ialah individu yang mempunyai penampilan menarik terutama sekali berbadan harum dan juga menghormati orang tua.
"Ciri-ciri itu penting kerana ia merupakan satu faktor bagi lelaki seperti saya jatuh cinta pada wanita yang akan menjadi bakal isteri saya.
"Walaupun ia kedengaran remeh, tetapi ia sangat membantu dalam mengeratkan sesebuah perhubungan dan menjadikan rumah tangga kita lebih kukuh, Insya-Allah," katanya yang ditemui pada pelancaran filem Pencinta di Taman Melawati, di sini Khamis.
Tambah Johan lagi, seseorang wanita itu juga haruslah taat dan hormat kepada suaminya kerana ia merupakan satu cara untuk kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga.
Malah bakal isterinya juga haruslah mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi kerana ia boleh menyejukkan hati apabila melihat wanita itu peka terhadap alam rumah tangga.
Selain itu, walaupun ia kedengaran pelik, memiliki lesen kereta juga adalah salah satu kriteria wanita pilihan Johan kerana ia menunjukkan wanita tersebut seorang yang berdikari dan mampu menjaga keluarga sekiranya dia sibuk dengan kerja.
Dalam masa yang sama Johan juga amat membenci wanita yang suka bermuka-muka serta cakap lepas kerana ia tidak menggambarkan keperibadian seorang perempuan yang sempurna.
"Sama seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang berterus terang dan tidak hipokrit.
"Tidak usah menjadi terlalu sempurna di hadapan saya semata-mata untuk menutup kelemahan, saya percaya pasangan itu saling mencintai kerana boleh menerima kebaikan dan keburukannya," ujar pelakon Juvana ini.
Ciri-ciri wanita idaman dan yang dibenci Johan ialah:
WANITA IDAMAN
1. Memiliki sifat-sifat keibuan
2. Taat dan hormat kepada suami
3. Seorang pembersih
4. Memiliki lesen kereta
5. Berbau wangi
WANITA YANG TIDAK DISUKAI
1. Sudah bersuami
2. Mempunyai sifat bermuka-muka atau hipokrit
3. Suka cakap lepas
4. Wanita yang berkira
5. Lebih tinggi daripada Johan

- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard