Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Iqbal Mazlan Tarik Diri Dari 'JJCM' - Takut Gemuk

Wajah terbaru Iqbal Mazlan
PETALING JAYA: Aktor Iqbal Mazlan membuat keputusan untuk berundur daripada mengacarakan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) kerana rancangan itu telah membuatkan berat badannya bertambah.
Iqbal atau nama sebenarnya Muhammad Iqbal Mazlan, 23, berkata tindakan itu diambil selepas dia mempertimbangkan keutamaannya adalah pada bidang lakonan berbanding bergelar seorang pengacara.
“Saya sendiri yang mahu berundur daripada JJCM kerana pembabitan dalam program itu mengakibatkan berat badan saya bertambah kepada 78 kilogram berbanding 70 kilogram sebelum ini.
“Bukan saya tidak hargai pengalaman dan peluang itu tetapi keutamaan saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi pelakon. Apabila berat badan meningkat sehingga memaksa saya menolak tawaran lakonan, maka lebih baik saya berundur dan tumpukan semula pada lakonan,” katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.
Selain Iqbal JJCM turut dikendalikan bersama Shiha (Mentor ) yang mana mereka telah melalui penggambaran sebanyak 17 episod.
Kedua-duanya menggantikan pengacara Qi Razali. Program itu disiarkan pada setiap Ahad pukul 12 tengah hari di TV3.
Iqbal menegaskan, pengundurannya daripada JJCM bukan disebabkan kritikan penonton yang mempertikaikan kemampuannya sebagai pengacara.
“Saya akui bukan mudah menjadi pengacara program itu. Banyak perkara yang perlu saya pelajari seperti adab ketika menjamu selera dan etika mengacarakan program pemakanan agar tidak menyinggung penonton.
“Walaupun prestasi saya mendapat kritikan di awal pembabitan JJCM tetapi pihak produksi berpuas hati dengan kerja saya sepanjang 17 episod program itu berlangsung. Jadi tidak timbul isu saya disingkirkan kerana gagal melaksanakan tugas pengacara seperti yang dikehendaki,” katanya.
Terbaru, Iqbal yang kembali berimej botak berkata dia kini sedang giat melakukan senaman di gimnasium bagi menurunkan berat badannya demi komitmen lakonan.
“Kini saya sudah berjaya menurunkan berat badan kepada 76 kilogram sejak aktif membina otot di gimnasium atas tuntutan lakonan.
“Selepas Hari Raya, saya akan masuk semula ke lokasi penggambaran drama Beret Hijau musim kedua. Sebab itu saya berkepala botak dan perlu dapatkan semula berat ideal iaitu 70 kilogram,” katanya.
Shiha (Mentor)
Shiha Mahu Tumpu Pada Album
Sementara itu, Shiha berkata dia tidak menyambung kontrak bersama JJCM kerana mahu memberi komitmen bagi mengisi masa dalam proses rakaman album pertamanya.
“Saya tidak sambung kontrak JJCM bukan kerana kritikan atau prestasi yang tidak bagus tetapi memang sejak awal ketika menandatangani kontrak saya hanya mahu terlibat untuk 13 episod. Itu pun, pihak produksi minta saya sambung sehingga 17 episod.
“Namun, ia hanya kerjaya sementara bagi mengisi masa sambil menyiapkan rakaman album saya. Kini komitmen dengan JJCM sudah tamat dan album saya pun akan dilancarkan pada bulan depan,” katanya.
GAM difahamkan, pelakon Iqram Dinzly bakal menggantikan pasangan itu sebagai pengacara bagi ‘wajah baru’ JJCM yang akan bermula pada 1 Julai depan.

- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters