Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Rozita Che Wan - Saya Tidak Bercinta Dengan Beego

Rozita Che Wan
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan enggan melayan dakwaan yang terus mengaitkan dirinya dengan aktor Beego dan menganggap segala tuduhan mengenai hubungan mereka adalah fitnah dan mengarut.
Aktres berusia 39 tahun itu dalam satu kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)  pada Selasa berkata, dia tidak akan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu kontroversi itu berlanjutan.
"Saya malas hendak komen apa-apa jika ia berkaitan gosip dengan Beego. Semuanya (dakwaan) mengarut.
"Lagi banyak saya beri komen lagi macam-macam versi (cerita) yang akan keluar," katanya.
Terbaru, satu pojok dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Beego dilihat memandu kereta BMW milik Rozita ke lokasi penggambaran drama.
Mereka dikatakan menjalin hubungan selepas dilihat berdua-duaan di beberapa lokasi termasuk pusat hiburan dan beli-belah, baru-baru ini.
Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia meluahkan perasaan terkilan dengan tuduhan itu di laman sosial miliknya, Rozita berkata tuduhan itu tidak berasas kerana dia tidak mempunyai apa-apa akaun laman sosial seperti didakwa.
"Saya tidak ada akaun Twitter atau Facebook (untuk meluahkan perasaan seperti didakwa). Cuma apa yang saya hendak cakap, dakwaan ini adalah mengarut," katanya.
Terbaru, ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Miss Octopus untuk TV3 dan bakal terlibat dalam penggambaran telefilemAku Janda Tak Kaya (Astro) selepas itu.
Rozita sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Shahir dan Zain Saidin.

- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters