Benjy Bakal Kembali ke Dunia Hiburan?


Ini bukan cerita omong kosong ya. Tapi, Murai Batu dapat tahu anak kepada seniwati Azean Irdawaty iaitu Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy bakal membuat comeback semula di dalam industri hiburan tanah air.
Namun, comeback yang dilakukan oleh Benjy ini adalah menerusi sebuah pementasan teater berjudul Tattoo Gestapo yang dijadualkan berlangsung pada 22-25 November 2012.
Kalau tidak silap Murai Batu, ini merupakan kemunculan pertama Benjy semula di dalam industri hiburan tanah air serta di panggung teater selepas dia dibebaskan tanpa syarat pada tahun lalu. Yang menariknya dia akan bergandingan bersama pelakon yang tidak kurang hebatnya, Pekin Ibrahim.
Tatto Gestapo ini merupakan antara produksi yang akan bernaung di bawah Rumah Anak Teater, sebuah kumpulan yang dianggotai oleh pelakon hebat antaranya Nam Ron. Penglibatan Benjy kali ini katanya disokong oleh ibunya, Azean Irdawaty.
Rasa macam tak sabar pula nak tengok Benjy beraksi di pentas teater, lagipun dia seorang pelakon yang berkaliber seperti ibunya.
Sumber: Murai.com
- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard