Penyertaan Elfira Loy Dalam Fear Factor Dipertikai?


Program Fear Factor Selebriti Malaysia belumpun menjalani pengembaraan, namun penyertaan salah seorang daripada 30 selebriti yang akan menjadi peserta, Elfira Loy dipertikai sesetengah pihak.
Banyak komentar mengutarakan pendapat negatif, Elfira masih muda dan fizikalnya kecil, maka dia tidak layak untuk bertanding.
Namun bertubuh kecil dan cilik bukan menjadi satu batu penghalang buat duta produk Maybelline ini untuk menyahut cabaran program realiti sebegitu.
Katanya, kita harus percaya dengan apa yang kita boleh lakukan.
“Contohnya pagi tadi, ramai yang tidak menyangka saya dapat melaksanakan cabaran rock climbing.
“Tetapi atas dasar semangat yang tinggi akhirnya saya dapat lakukan juga,” katanya yang dipetik melalui Oh Bulan, di sini, kelmarin.
Keteguhan pendirian Elfira Loy ini turut didokong dengan kata-kata semangat daripada ibunya kerana ia adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup.
“Bagaimanapun, saya lebih takutkan kucing daripada ular. Saya tak suka benda-benda yang mengejar. Saya juga takut dengan badut,” seloroh Elfira.
Program Fear Factor Selebriti Malaysia akan memulakan rakaman di Cape Town, Afrika Selatan mulai 23 Oktober hingga 15 November ini dan bakal disiarkan di saluran Astro Ria dan Mustika HD.
- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard