Iqram Dinzly Mahu Jadi Baik Kerana Kekacauan

Iqram Dinzley. Foto MUHAMAD ZUL HAFIZ BAHRIN
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Iqram Dinzly berhasrat untuk berubah menjadi insan lebih baik seiring dengan peningkatan usianya yang kini sudah mencecah 31 tahun.
Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, kesedaran itu mula terbit sejak beberapa bulan selepas dia melihat kekacauan yang berleluasa di merata tempat ketika ini.
"Sukar untuk saya jelaskan dengan kata-kata tetapi kesedaran mula terbit sejak kebelakangan ini. Saya tidak mahu mencanangkannya kerana bimbang jika khalayak tersalah anggap.
"Saya mahu mengenali diri dan berubah ke arah kebaikan. Namun, proses hijrah ini bukan perkara remeh yang boleh dilakukan secara mengejut dan drastik. Ia perlu dilakukan secara berperingkat," katanya.
Iqram berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program pelancongan 'Korea Winter Ski & Menjejak Lokasi-Lokasi Hebat Drama Korea' anjuran Safirgotravel, di sini, petang Selasa.
Iqram berkata, antara perubahan besar yang dialaminya termasuklah tiada keinginan untuk keluar bersosial, menjaga batas pergaulan dan mengawal tingkah laku.
"Saya bersyukur kerana Tuhan menarik nikmat dan keseronokan duniawi yang tidak patut ada dalam diri saya selama ini.
"Namun, saya tidak pernah kesal dengan apa juga kesilapan yang pernah berlaku kerana ia adalah pengalaman yang berguna untuk saya.
"Apa yang saya harapkan selepas ini agar saya menjadi insan yang lebih baik dan dijauhi daripada kesilapan lalu," katanya.
- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard