Kurang Manis Bercerita Mengenai Hans Isaac - Neelofa

Neelofa tidak mahu lagi mengulas kisah hubungan dengan Hans. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Neelofa enggan mengulas mengenai kisah hubungannya dengan aktor dan penerbit Hans Isaac kerana ia adalah satu bentuk tindakan yang kurang manis.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, kekerapannya bercerita mengenai hubungan mereka boleh mengundang persepsi yang buruk dan tidak adil buatnya kerana lelaki itu jarang membuka mulut mengenai hal mereka selama ini.
“Kalau boleh saya sudah tidak mahu beri apa-apa kenyataan berhubung kisah saya dan Hans lagi. Sebagai gadis Melayu, saya anggap tindakan itu kurang manis dan tidak adil bagi pihak saya.
“Sejak awal-awal lagi, cuma saya yang banyak bercakap mengenai cerita (hubungan) itu sedangkan dia hanya berdiam diri. Rasa tidak seronok juga apabila saya sahaja yang buka mulut,” katanya ketika ditemui  baru-baru ini.
Aktres filem Hantu Kapcai itu berkata, hubungan mereka yang bermula sejak beberapa bulan lalu masih berjalan seperti biasa.
Neelofa dilantik sebagai duta produk Kong Koil untuk tiga tahun bermula Mei lalu.
“Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada apa-apa yang serius buat masa ini. Dia baru sahaja melalui kejadian sedih selepas kehilangan ibunya baru-baru ini.
“Jadi saya tidak mahu mengusutkan keadaan dengan cerita remeh-temeh sebegini,” katanya.
Mengenai kerjaya, Neelofa berkata, dia mahu berehat daripada komitmen lakonan selama sebulan kerana masih kepenatan dengan pembabitan dalam drama bersiri Kau Yang Terindah sejak tiga bulan lalu.
“Saya mahu berehat daripada berlakon buat sementara waktu. Sebelum ini, saya begitu penat dengan komitmen lakonan drama bersiri Kau Yang Terindah yang memakan masa selama tiga bulan penggambaran tanpa henti.
“Secara kebetulan, penggambaran filem Pilot Cafe yang dijadualkan bermula pada pertengahan Oktober ini juga ditangguhkan ke Januari depan, jadi dapatlah saya berehat seketika,” katanya.
Terbaru, Neelofa baru sahaja memeterai perjanjian sebagai duta produk tilam King Koil untuk tempoh tiga tahun bermula Mei lalu.
Katanya, pelantikan tersebut adalah sebagai strategi jenama itu untuk menembusi pasaran di kalangan pengguna Melayu.
- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard