Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kejayaan Hantu Kapcai Luar Jangkaan

Norman gembira dengan pencapaian filem Hantu Kapcai yang berjaya mengutip RM2 juta di pawagam.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan filem Hantu Kapcai yang mencapai kutipan sebanyak RM2 juta semenjak ia ditayangkan pada Khamis lalu adalah diluar jangkaan.
Norman berkata, sambutan yang lembab terhadap filem tempatan semenjak akhir-akhir ini telah membuatkan berita tersebut sebagai sesuatu yang manis bukan sahaja untuknya malah membuka harapan kepada filem tempatan lain.
"Sejak akhir-akhir ini sambutan terhadap filem tempatan memang sukar dijangka tambahan pula dengan pelbagai pilihan dan lambakan filem di pasaran.
"Kejayaan Hantu Kapcai mengutip RM2 juta selama lima hari tayangan adalah satu kejayaan tersendiri selain membuka harapan baru buat industri perfileman secara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Hantu Kapcai yang merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions berkisar mengenai seorang mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang.
Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut.
Selain Remy, ia turut dilakonkan oleh Zizan Razak, Fizz Fairuz, Izzue Islam dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.
Dalam pada itu, Norman menyasarkan filem berkenaan mampu mencapai kutipan sehingga RM5 juta sehingga tarikh akhir tayangannya di pawagam.
"Jika dapat RM5 juta itu adalah satu kegembiraan buat kami memandangkan faktor kelembapan filem tempatan yang agak teruk buat masa ini," katanya.
Sementara itu, Norman berkata, pihak Showbiz Productions sudah menyiapkan enam tajuk filem untuk pasaran tahun 2013 dan sedang merangka pelbagai projek pada masa hadapan.
Tambah Norman, anak syarikat KRU itu akan terus menfokuskan dalam pengeluaran karya tempatan berbanding KRU Studios yang menyasarkan kepada penerbitan filem bertaraf antarabangsa.
- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters