PETALING JAYA: Kumpulan K'Langit yang popular dengan lagu Sesal Menduamenjelaskan tidak terlalu mengambil serius dengan pandangan masyarakat yang menyangka mereka sebagai kumpulan daripada Indonesia.
Salah seorang anggotanya, Haris, 24, berkata, mereka sudah cukup bertuah apabila lagu ciptaan Panji Sakti itu diterima ramai dan mengikut citarasa pendengar.
"Barangkali masyarakat mendengar melodi lagu Sesal Mendua mereka menyangka kami berasal daripada Indonesia tambahan pula ia dicipta oleh Panji Sakti yang memang berasal daripada sana.
"Bagiamanapun kita tidak kisah dengan tanggapan orang kerana yang penting masyarakat dan pendengar menerima muzik kami dengan baik," ujarnya.
Selain Haris atau nama sebenarnya Mohd Haris Muhamad (gitaris), K'Langit turut dianggotai oleh Mohamad Nor Hadre Ayub (Ary - vokal), 26 dan Mohd Izwan Ahmad Mahayuddin (Iwan - pemain bass), 26.
Dalam pada itu, Haris memberitahu mereka selesa dengan muzik yang dibawa kini dan memberitahu ia mengikut citarasa dan pasaran muzik tempatan.
"Pada sesetengah orang berpendapat lagu kami kedengaran seperti muzik kumpulan Indonesia tetapi secara dasarnya kami menghasilkan mengikut citarasa pendengar," ujarnya.
Sementara itu, Haris memberitahu, album pertama mereka yang berjudul K'Langit Dewibakal berada di pasaran pada 8 Oktober depan yang memuatkan enam buah lagu.
Katanya, mereka juga akan melancarkan single ketiga mereka berjudul Dewi yang dicipta sendiri oleh ahli kumpulan K'Langit sebagai taruhan terbaru mereka.
"Alhamdulilah dua single terdahulu mendapat sambutan baik daripada peminat dan untuk lagu terbaru ini nanti kami memilih Dewi kerana ia adalah lagu ciptaan kami sendiri," katanya.
-
---
No comments:
Post a Comment