Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Aznil Tegas Kepada Peserta 'On Air' Untuk Mendidik

Aznil Nawawi. 
PETALING JAYA: Pengacara program On Air, Aznil Nawawi menyangkal dakwaan dia bersikap garang terhadap peserta rancangan itu sebaliknya menampilkan diri agar kelihatan tegas untuk mendidik mereka.
Aznil berkata, dia perlu bersikap demikian untuk membolehkan peserta rancangan tersebut memahami tugas sebagai pengamal media dalam dunia penyiaran bukannya untuk mengejar glamor.
"Saya sedar ada orang terkejut dengan sikap berbeza saya itu kerana sebelum ini saya dilihat sebagai seorang yang mesra kanak-kanak dan ceria ketika mengendalikan program seperti Akademi Fantasia atau pun Macam-Macam Aznil.
"Tetapi saya perlu bersikap tegas kerana saya tidak mahu semua peserta On Airmerasakan industri ini hanyalah glamor semata-mata sebaliknya mereka perlu serius," katanya.
Aznil ditemui ketika menghadiri majlis makan malan bersama artis-artis Wajah Eksklusif Astro di Hotel Sunway Spa & Restaurant di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Aznil berkata, tujuan lain dia bersikap sedemikian terhadap semua peserta On Air adalah kerana tidak mahu mereka mensia-siakan peluang yang diberikan.
Ujar Aznil, jika terlalu berlembut dikhuatiri mereka akan besar kepala dan lupa tujuan asal menyertai program realiti itu.
"Biar mereka rasa susah sekarang kerana pada masa hadapan mereka sudah boleh membiasakan diri dengan tekanan bekerja dalam bidang ini. Apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk kebaikan mereka," katanya.
Sementara itu, Aznil memberitahu berkuat kuasa 1 Mei depan dia bakal menjawat jawatan sebagai Ketua Personaliti TV untuk Astro yang mana jawatan tersebut diwujudkan khas untuknya.
Mengulas mengenai tanggungjawab terbaru itu, Aznil bakal menjaga kebajikan personaliti di semua saluran Astro.
"Sepanjang 22 tahun berada dalam bidang penyiaran dan menjadi personaliti TV, banyak perkara yang telah saya lalui dan diharap dengan tanggungjawab terbaru ini saya dapat membantu mereka dalam apa juga aspek demi memastikan jenama Astro sentiasa di hadapan," ujarnya.
Aznil sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Kreatif saluran Astro Ria dan Konsultan Kreatif untuk stesen televisyen itu.
Tambah Aznil, selain aspek disiplin, kekemasan diri dan latihan, dia juga akan memastikan kontrak personaliti di bawahnya terjamin dan bayaran yang diberikan kepada mereka adalah sesuai dengan tanggungjawab yang diberikan.
"Mungkin sesetengah daripada mereka ini merupakan orang baru yang tidak mengetahui tentang kontrak dan sebagainya, jadi saya akan memainkan peranan di situ dalam membantu mereka mendapat bayaran yang setimpal sebelum menerima sesuatu tawaran," katanya.

- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters