Berikutan spekulasi yang mengatakan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah berkahwin lain, kakak kepada ahli perniagaan ini, Datin Zaitun Mohd Jiwa tampil menawarkan ganjaran sebanyak RM100,000 kepada sesiapa sahaja yang boleh membuktikan dakwaan itu.

Sebelum ini heboh kononnya Wanita yang dimaksudkan adalah dramatis popular, Rozita Che Wan. Namun, pelakon ini juga pernah menafikan khabar angin tersebut.

Zaitun memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.

Umum mengetahui, Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza selain dikenali kerana banyak menerbitkan drama-drama untuk stesen televisyen.