MENCURI perhatian dengan cerita sensasi, keseksian sertataruhan wajah manis, wanita berusia 23 tahun itu mudah memikat mata yang memandang. Pesonanya sudah dilihat menerusi drama, program televisyen dan filem sulungnya, Azura 2011.
Berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, dia tidak menyekat kariernya dengan dunia glamor sahaja. Disifatkan bijak membina jenama, Neelofa yang masih bersisa dua semester sebelum menamatkan pengajian dalam bidang pemasaran dan perdagangan antarabangsa di sebuah kolej swasta itu memiliki inspirasi untuk bergelar usahawan.
Dalam masa terdekat, pengacara Nona yang sedang mempopularkan jenama kasut sendiri itu bakal muncul dengan satu produk baharu. Percutian ke Paris, Perancis baru-baru ini buka sahaja masa untuk melepaskan penat bekerja malah dia menggunakan peluang itu untuk melihat sendiri syarikat yang akan membekalkan produk kesihatan yang akan dilancarkannya tidak lama lagi.
CUTI DI PARIS
Saya ke sana bersama kakak, ibu saudara dan dua orang rakan. Sudah lama saya merancang hendak bercuti sebab asyik sibuk dengan kerja. Ini kunjungan kali kedua, kali pertama ke Paris semasa penggambaran filem Azura tahun lalu.
Selama tujuh hari di sana, saya pergi melawat semula lokasi yang saya rindu nak pergi sekali lagi, macam Menara Eiffel dan beberapa restoran. Jalan-jalan dan membeli-belah itu wajib.
PRODUK KECANTIKAN BELLAVITA
Kebetulan produk itu diformulakan dari Perancis, kilangnya tidak jauh dari Paris. Jadi, sempatlah saya meninjau ke sana. Idea untuk keluarkan produk kesihatan sudah setahun dirancang. Ibu serta kakak saya, Nabila yang banyak memberi sokongan.
Lagipun mereka ada pengalaman. Buat permulaan, Bellavita khusus untuk wanita tapi kami ada perancangan untuk keluarkan produk lelaki serta penjagaan kecantikan dan kesihatan untuk wanita selepas bersalin.
Kalau tiada aral, ia akan dilancarkan selewat-lewatnya Mei nanti. Produk sudah ada, cuma kami masih dalam proses terakhir untuk dapatkan lebih banyak stokis.
EKSKLUSIF JUMPA NUR AMALINA CHE BAKRI
Rasanya, Nona menjadi rancangan pertama dan saya juga jadi wartawan pertama yang dapat mewawancara pelajar pintar, Amalina yang kini sedang belajar di Scotland.
Rakaman temu bual khas serta mendekati kehidupan pelajar Malaysia yang pernah heboh dengan kontroversi buka tudung itu dipaparkan dalam Nona edisi 8 April secara eksklusif (hari ini).
Amalina pikul tanggungjawab yang besar tapi dalam masa yang sama, kehidupannya sangat seimbang. Dia gadis pandai yang sangat relaks.
AGENDA BARU
Ramai orang ingat saya jadi duta Habib Jewels pula, sebenarnya tidak. Saya hanya buat kemunculan istimewa sempena pembukaan cawangan baharu Habib baru-baru ini.
Saya cuma Duta Avon dan terbaru, saya dalam perancangan untuk mengemudikan sebuah rancangan hiburan di sebuah stesen swasta tak lama lagi. Mei nanti, saya akan mulakan penggambaran untuk slot Akasia yang akan ditayangkan sempena Ramadan arahan Erma Fatima.
- ---
No comments:
Post a Comment