Buat pertama kali, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal beraksi
mempertaruhkan bakat lakonannya menerusi filem kedua pengarah sensasi,
Namawee, berjudul Hantu Gangster.
Kata Namawee, dia begitu teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan
vokalis tersebut dan menganggap ia satu penghargaan besar buat dirinya
kerana sudi menerima tawaran menjayakan filem yang diterbitkan oleh Fred
Chong itu.
"Saya selalu kagum dengan kehebatan karya muzik Hujan. Saya percaya,
kemunculan Noh pasti ditunggu-tunggu ramai kerana filem ini merupakan
penglibatannya yang pertama ke layar perak.
"Menarik lagi, Hujan juga akan tampil dengan sebuah lagu tema Hantu Gangster," katanya.
Filem komedi seram ini mengisahkan tentang tiga kumpulan gengster dari
latar belakang budaya yang berbeza, berganding bahu dalam mempertahankan
keluarga mereka, melalui bantuan seorang pencuri.
Selain Noh, filem tersebut turut dibintangi oleh Diana Danielle, Farid
Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber
Chia, Taijuddin Bakar, Dennis Lau dan beberapa pelakon tambahan.
-
---
Noh Hujan bakal jadi hero filem kedua Namawee
Noh Hujan bakal jadi hero filem kedua Namawee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment