Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Yuna Bersyukur Imej Bertudung Diterima Di Amerika Syarikat

Yuna teruja untuk menanti reaksi peminat di Amerika terhadap album sulungnya. 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan dia boleh diterima oleh pengurusan albumnya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian.
Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, sepanjang berurusan dengan syarikat rakaman dan bertemu dengan pelbagai pihak di negara itu, imejnya tidak pernah dipersoalkan walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung.
"Alhamdulillah imej bertudung saya tidak pernah sekali pun dipersoalkan oleh mana-mana pihak di sana malah pihak pengurusan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih imej yang dirasakan sesuai buat diri saya," ujarnya.
Yuna berkata, dia juga agak terkejut dengan penerimaan masyarakat di Amerika Syarikat dan menganggap ia sebagai satu permulaan baik untuk perkembangan kerjaya seninya.
Penyanyi itu baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di televisyen negara itu menerusi program popular iaitu Conan dikendalikan oleh Conan O'Brien pada 2 April lalu.
Yuna memberikan persembahan bertenaga dengan lagu Live Your Life yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal, Pharrell Williams.
Kulit album pertama Yuna di Amerika.
Dalam pada itu dia sangat teruja apabila album pertamanya berjudul Yuna bakal dilancarkan pada 24 April ini yang akan diadakan di kota New York.
Yuna memberitahu dia gembira melihat reaksi peminat terhadap muzik yang dibawanya dan berharap ia dapat diterima ramai selain mahu rakyat Malaysia berbangga dengan dirinya itu.
"Selama setahun lebih saya berusaha keras untuk album pertama dan berharap ia akan dapat diterima oleh peminat,” ujarnya.
Sementara itu, Yuna yang turut menghasilkan single keduanya iaitu Lullabies akan sibuk dengan konsert jelajah ke seluruh negara itu bermula bulan Jun depan selama 30 hari.
Selama tempoh tersebut dia akan mengadakan sebanyak 30 persembahan di pelbagai tempat dan memberitahu teruja dengan perancangan yang telah diaturkan oleh syarikat rakamannya.
"Saya tidak pernah membuat persembahan selama 30 hari berturut-turut tetapi saya akan menyahut cabaran ini dan begitu teruja untuk menjelajah ke seluruh Amerika," katanya.
Dalam perkembangan sama, Yuna berkata pihak syarikat rakamannya sedang mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan album itu.
"Setakat ini album tersebut hanya akan dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja tetapi Insya-Allah peminat Malaysia akan dapat membeli album itu nanti," katanya.

- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters