Julia Ziegler
MELIHATKAN angin perubahan yang melanda rakan artis seangkatan dengannya, Julia Ziegler, 28, juga sudah bersedia untuk mengikut jejak mereka. Bagaimanapun, bukanlah dalam masa yang terlalu hampir untuknya mengenakan hijab kerana dia perlu membuat persediaan secukupnya sebelum melangkah ke fasa baru dalam hidupnya.
Katanya, dia puas menikmati zaman remaja ketika menimba ilmu di Amerika Syarikat dan dia juga sudah mengecapi populariti lalu tiba masanya dia memikirkan kehidupan yang lebih bererti kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.
“Saya akan ke Makkah mengerjakan umrah bersama mama (Saminah Subari, 67), pada 16 Jun ini selama 11 hari dan sebelum menjejakkan kaki ke rumah Allah itu, saya membuat persediaan dengan bertanyakan kawan-kawan yang pernah ke sana dan membaca buku agama. Rasa tak sabar nak pergi kerana buan semua orang berpeluang menjadi tetamu-Nya.
“Setibanya di sana nanti, saya akan menumpukan seluruh jiwa raga saya dengan beribadah kepada-Nya. Antara doa yang akan saya panjatkan di Jabal Rahmah, semoga Dia mempertemukan saya dengan lelaki yang baik dan beriman agar dapat membimbing saya ke jalan yang diredai.
“Setibanya di sana nanti, saya akan menumpukan seluruh jiwa raga saya dengan beribadah kepada-Nya. Antara doa yang akan saya panjatkan di Jabal Rahmah, semoga Dia mempertemukan saya dengan lelaki yang baik dan beriman agar dapat membimbing saya ke jalan yang diredai.
“Hati saya sangat tersentuh dengan kata-kata seorang teman, jika kita mengejar dunia, kita akan mendapat dunia semata-mata tetapi kalau kita mengejar akhirat, kita akan dapat kedua-duanya sekali iaitu dunia dan akhirat.
“Saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya untuk bermuhasabah diri memikirkan semula perjalanan hidup yang dilalui sepanjang 28 tahun saya menghirup udara di bumi ciptaan-Nya yang indah ini. Asas agama sudah ada, apa yang perlu saya lakukan sekarang mendalami ajaran Islam dan mencari maksud di sebalik agama yang suci ini.
“Doakan saya selamat pergi dan sekembalinya saya nanti, apa jua ketentuan-Nya akan saya terima dengan hati terbuka. Apapun perubahan yang berlaku, barangkali itulah yang terbaik buat saya.
“Saya suka melihat rakan yang sudah mengenakan hijab. Mereka bukan saja berubah imej dan penampilan, bahkan pertuturan serta tingkah juga berbeza daripada dulu,” katanya.
Julia yang nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler sudah enam tahun menjadi anak seni dan dalam tempoh itu, pelbagai suka duka dilaluinya. Berbekalkan ketabahan dan kesabarannya serta sokongan keluarga, dia tegar menempuh arus cabaran.
“Saya amat memahami rentak dunia seni, oleh itu saya tidak pernah ambil peduli dengan kata-kata orang. Kalau saya tak buat kenapa saya perlu gentar?
Bagaimanapun saya akui, tiada lagi privasi kerana apabila sudah menjadi orang terkenal, semua orang mahu tahu mengenai saya.
“Tetapi paling banyak yang diperkatakan tentulah perkara buruk dan kawan-kawan lama pun mengata saya. Bagi mencari kekuatan dan ketenangan, saya ikut ‘jalan’ hidup saya sendiri kerana kalau saya membalas cakap-cakap mereka pun bukannya mereka akan berhenti bercakap pasal saya. Lagi pun kenapa nak ‘stress’ dengan cerita yang tidak benar sama sekali, kalau betul kita buat lainlah.
“Ada kala berdiam diri adalah penyelesai masalah yang terbaik. Ketika saya mula berlakon dulu, saya banyak diberikan watak jahat dan agaknya mereka fikir watak saya dalam drama sama dengan di luar. Sebab itulah saya sering menjadi mangsa fitnah. Saya tak pergi lagi ke pusat hiburan kerana bagi saya masa untuk berseronok sudah berlalu.
“Saya perhatikan juga berita rakan artis yang disiarkan dalam media dan saya lihat ini mereka ini gemar sangat membalas balik kenyataan yang akhirnya memakan diri mereka sendiri,” katanya.
Misalnya jelas Julia, kesnya dengan seorang yang menuduhnya bukan-bukan, dia sedikit pun tak ambil kisah kerana tahu dia tak bersalah tetapi selagi dia tidak minta maaf dengannya, dia tidak akan memaafkan kesilapannya.
“Saya tak ada masalah pun dengan dia tetapi dia yang cari pasal dengan saya.
Baru-baru ini, ada terserempak dengan dia pada ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011) tetapi saya buat macam tak nampak.
“Sepatutnya dia sebagai artis senior menunjukkan teladan yang baik kepada artis baru. Tolong-menolong sesama sendiri, barulah industri boleh maju. Ini dia pula yang melebih-lebih,” katanya.
Julia baru saja selesai peng�gambaran filem Psiko arahan Namron terbitan Film Macca. Ia berkisar kepada seorang kanak-kanak yang didera ibunya sejak kecil dan apabila besar menjadi pembunuh.
Satu lagi filem baru lakonannya yang akan ditayangkan, Man Sewel Datang KL terbitan Work Move Production Sdn Bhd. Filem genre komedi itu karya Rahman Adam dan turut menampilkan Razali Hussein, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim.
“Sehingga ke hari ini, saya belum mendapat watak mencabar bermain dengan emosi yang hebat. Misalnya seorang wanita yang luarannya kelihatan tenang, namun dalam jiwanya penuh dengan pergolakan. Setiap ketika dia berada dalam tekanan.
Saya sudah biasa sangat diberikan watak ringan, remaja dan gila-gila.
“Saya perlu membuktikan kepada penonton yang saya boleh buat lebih daripada itu kerana sebagai pelakon, saya rasa bakat lakonan saya belum benar-benar diuji. Belum ada pengarah yang berani memberikan watak berat kepada saya sedangkan saya sudah bersedia untuk mencuba,” katanya.
- ---
No comments:
Post a Comment