Siti Nurhaliza Obses Minyak Wangi


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengakui dia begitu obses dengan pelbagai jenis minyak wangi yang ada di pasaran ketika usianya masih remaja lagi.
Siti berkata, dek kerana kegilaannya itu, dia memiliki lebih daripada 100 botol minyak wangi di rumah dan akan memakainya mengikut 'mood' dan tempat sesuai yang dihadirinya.
"Memang sejak dari dulu lagi saya tergila-gilakan wangian. Malah di rumah juga saya mempunyai set wangian tersendiri agar rumah berbau harum.
"Dan setakat ini, saya memiliki koleksi minyak wangian lebih daripada seratus botol daripada pelbagai jenama. Itu tidak lagi dicampur dengan set wangian yang dihadiahkan kepada teman-teman," katanya.
Tambah Siti yang baru sahaja mengeluarkan tiga set minyak wangi di bawah jenamanya, SimplySiti Eau De Parfum (EDP), dia percaya, wangian mampu mengubah mood seseorang terutamanya ketika berada dalam tekanan.
"Jujur saya katakan, setiap bauan yang saya miliki boleh mengubah mood sebenarnya.
"Bagi saya, ia mampu mengurangkan rasa tekanan kerja dan sebagainya. Malah minyak wangi juga boleh memberikan rasa gembira buat diri saya.
"Sebab itulah, kerana rasa obses dalam minyak wangi itu saya hasilkan tiga jenis wangian yang ebrkualiti tinggi buat para peminat. Sekurang-kurangnya saya dapat kongsi minat saya ini bersama para peminat," ujarnya.
Simplysiti EDP merupakan wangian peringkat kualiti tinggi yang menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dengan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia.
Memiliki tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire, SimplySiti EDO yang hanya RM69.90 kini sudahpun berada di pasaran.

- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard